JBTALKS.CC

标题: Keputusan SPM ulangan pada Rabu ini [打印本页]

作者: weiaun20    时间: 2014-8-17 05:41 PM
标题: Keputusan SPM ulangan pada Rabu ini
Keputusan SPM ulangan pada Rabu ini

Posted on August 17, 2014, Sunday

KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Ulangan 2014 akan dikeluarkan pada Rabu ini.

Kenyataan Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan semalam menyatakan slip keputusan itu akan diposkan atau calon boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri iaitu tempat calon mendaftar peperiksaan.

Calon juga boleh membuat semakan melalui perkhidmatan mySMS 15888 dengan menaip SPMU RESULT, nombor kad pengenalan dan hantarkan ke 15888.

Seramai 12,726 calon menduduki peperiksaan itu di 227 pusat peperiksaan dari 9 hingga 12 Jun lepas. — Bernama


紧张紧张,祝你们成功




欢迎光临 JBTALKS.CC (https://jbtalks.my/) Powered by Discuz! X2.5