Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakyat Malaysia.
Dengan rasa rendah diri saya CEO Rayani Air memohon jutaan maaf kepada semua penumpang-penumpang setia syarikat penerbangan kami yang telah mengalami kesulitan secara langsung atau tidak langsung selama beberapa minggu ini.
Kami di Rayani Air amat berdukacita di atas kekurangan perkhidmatan kami dan akan cuba perbaiki sedikit masa lagi.
Rayani Air sebuah syarikat penerbangan baru di negara ini. Banyak yang kami perlu perbaiki dan pelajari. Teruslah menyokong syarikat penerbangan kami. Semoga syarikat ini kekal relevan untuk semua lapisan masyarakat tidak mengira warna kulit dan terus terbang tinggi.
Kami di Rayani Air mengucapakan jutaan terima kasih kepada semua rakyat yang pernah terbang bersama kami. Terima kasih juga buat semua kakitangan Rayani Air yang sentiasa bersama-sama di masa jatuh bangun syarikat ini. Rayani Air akan kembali. Tunggu!!!!