- 分享
- 0
- 人气
- 0
- 主题
- 19
- 帖子
- 11067
- UID
- 194390
- 积分
- 14617
- 阅读权限
- 25
- 注册时间
- 2009-1-23
- 最后登录
- 2016-8-24
- 在线时间
- 9393 小时
|
Tamadun Mesopotamia-K1
Tamadun Mesopotamia HomeCiri-ciriGambar ziguratProses PembentukanSumbangan
Sumbangan
Antara sumbangan besar tamadun Mesopotamia kepada manusia sejagat termasuklah Kod Undang-Undang Hammurabi.Kod undang-undang ini digubal semasa Raja Hammurabi memerintah kerajaan Babylon.Undang-undang ini berteraskan hak rakyat terhadap keadilan.Mengikut kod ini,hukuman dan denda mestilah setimpal dengan kesalahan tetapi berbeza mengikut susun lapis masyarakat.Kod ini mengandungi kira-kira 282 undang-undang yang dipahat pada tembok serta tiang besar,oleh itu rakyat dapat membaca undang-undang tersebut.Kod Undang-Undang Hammurabi telah menjadi dasar perundangan dalam tamadun Mesopotamia.
Hammurabi memerintah dari tahun 1792-1750 S.M.. Beliau berasal daripada keturunan Amorite. Beliau membina banyak negara kota. Pusat pemerintahannya di Babylon. Beliau telah menakluk Akkad dan menjadi raja seluruh Mesopotamia.
Contoh Kod Undang-undang Hammurabi.
Sekiranya seseorang bangsawan mematahkan tulang seseorang bangsawan lain, tulangnya akan dipatahkan.
Sekiranya seseorang bangsawan mencederakan mata seseorang rakyat biasa atau mematahkan tulangny, maka, bangsawan ini didenda satu wang perak.
Undang-undang ini telah berjaya mengelakkan wujudnya permasalahan di kalangan masyarakat pelbagai kaum dan juga di kalangan susun lapis masyarakat itu sendiri.Undang-undang ini telah dapat mewujudkan perpaduan dan mengukuhkan system organisasi dalam kehidupan masyarakat tersebut.Seterusnya,kod ini juga telah membantu peradaban Mesopotamia bertahan untuk jangka masa yang panjang,iaitu dari tahun 3500 S.M. hingga tahun 539S.M..
Kewujudan sistem tulisan telah membawa kepaa sistem pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan jurutulis. Kehadiran jurutulis ini membolehkan urusan pentadbiran dan perniagaan dicacat supaya dapat direkodkan. Dalam perdagangan, kesemua urusan jual belinya disertakan dengan esit, nota, dan surat kredit.
Di samping itu, sistem tulisan juga telah melahirkan tradisi kesusasteraan. Antara hasil kesusasteraannya yang terkenal termasuklah epik Gilgamesh yang merupakan hasil kesusasteraan yang di dunia. Epik ini mengandungi falsafah dan cara hidup orang Mesopotamia.
Epik Gilgamesh
Kisah tentang kepahlawanan tokoh bernama Gilgamesh. Beliau dikatakan memiliki sifat dua pertiga tuhan, satu pertiga manusia, wajah yang tampan, dan susuk badan yang sasa. Beliau dikatakan memiliki kekuatan dan keberanian. Gilgamesh telah memerintah serta memberikan perlindungan kepada kehidupan di kota Uruk.
Epik ini juga menceritakan tentang pemerintahan, percintaan, kehidupan yang kekal abadi dan kesaktian.
Tamadun Mesopotamia juga menyumbang kepada perkembangan ilmu astronomi. Pencerapan terhadap pergerakan bulan, bintang, dan matahari telah membawa kepada perkembangan ilmu matematik seperti sistem mengira perpuluhan, menambah, menolak, mendarab, membahagi, dan punca ganda dua yang kemudiannya membawa kepada perkembangan ilmu geometri. Penguasaan dalam bidang astronomi juga telah membolehkan mereka menggunakan jalan laut dan mencipta calendar yang berasaskan sistem solar yang mengandungi 12 bulan dalam satu tahun.
Perkembangan ilmu perubatan mendapat perhatian khusus semasa pemerintahan kerajaan Assyria kerana kerajaan ini begitu mementingkan kesihatan anggota tenteranya. Sebanyak 500 jenis ubat-ubatan termasuk herba dan ramuan perubatan telah dikatalogkan dan disampelkan penggunaannya. Cara mengubat penyakit dengan menggunakan ubat-ubatan juga telah dicacatkan sebagai panduan kepada pengamal perubatan.
Salah satu kejayaan tamadun Mesopotamia adalah dalam penciptaan roda. Roda digunakan dalam menghasilkan kereta kuda sama ada untuk tujuan peperangan atau kegunaan pada masa aman. Penciptaa roda membolehkan orang Mesopotamia mencipta kincir air untuk mengalirkan air ke kawasan tandus dan meningkatkan hasil pertanian di samping mengawal banjir.
Fungsi roda dalam tamadun Mesopotamia
Perkembangan bentuk roda
Kincir air
Tamadun Mesopotamia juga telah menyumbangkan ciptaan alat pengangkutan yang terawal kepada dunia. Orang Sumeria telah menggunakan kapal layar serta pengangkutan beroda sejak tahun 3000 S.M.. Oleh itu, mereka mampu menguasai jalan darat serta jalan laut sehingga mereka dapat berhubung dengan wilayah di dunia serta wilayah di kawasan Laut Mediterranean.
Tamadun Mesopotamia memperkenalkan kepada dunia cara membuat batu bata daripada tanah liat. Dalam seni bina, mereka telah mencipta arca dan tiang batu. Contoh arca tersebut ialah patung Raja Gudea. Arca dan tiang batu dapat dilihat dalam seni bina zigurat.Patung Raja Gudea
Kepimpinan berwibawa telah berjaya mewujudkan kerajaan Akkad, iaitu empayar pertama di dunia. Ini adalah kerana Raja Sargon berjaya menakluk dan menyatukan wilayah-wilayah kerajaan Sumeria di selatan Mesopotamia. Beliau merupakan perintis kepada pembentukan sebuah empayar yang kemudiannya menjadi ikutan pemerintah seterusnya seperti Firaun Tutmose III pada zaman Mesir Purba. Mesopotamia bukan saja menyumbang kepada pembentukan sebuah sistem pemerintahan tetapi juga pembentukan sebuah masyarakat yang lebih berestetika.
Walaupun di Mesopotamia wujud sistem Bandar, undang-undang, tatacara jual beli, dan sebagainya namun ini tidak bererti kemajuan dan ilmu itu hanya dikuasai oleh mereka. Sebaliknya, kemajuan tamadun ini boleh dicapai dan dikembangkan oleh mana-mana bangsa di mana-mana daerah sekiranya wujudnya usaha yang gigih serta keyakinan diri yang tinggi.
Keagungan sesuatu tamadun itu tidak akan dapat dinikmati oleh generasi sekarang sekiranya tiada pemimpin atau tokoh pada masa itu yang menyedari tentang kepentingan memelihara warisan serta khazanah bangsanya. Pengetahuan generasi sekarang tentang tamadun ini adalah hasil usaha pemimpin masa lampaunya seperti Ashurbanipal (668-627 S.M.) yang telah menubuhkan sebuah perpustakaan diraja di bandar Nineveh.
Perpustakaan diraja
mengandungi lebih kurang 22000 keping tablet yang mengandungi pelbagai penemuan ilmu pengetahuan dan sejarah lampau Mesopotamia.
Kebanyakan daripada koleksi ilmu pengetahuan ini berbentuk formula perubatan dan juga beribu-ribu pucuk surat dan dokumen perniagaan, serta susunan peristiwa peperangan yang berlaku mengikut urutan peristiwa sejarah. |
|